Kenali Malaysia


Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara dan dikelilingi oleh negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura , Indonesia, Brunei dan Filipina. Kedudukan Malaysia
sungguh unik kerana terletak di antara jalan perdagangan timur dan barat.


Malaysia terdiri daripada
tiga belas buah negeri, iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Sarawak. Malah, Malaysia juga mempunyai tiga wilayah iaitu Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Putrajaya
ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ibu negeri di setiap negeri merupakan pusat pentadbiran negeri.


Ketua Negara Malaysia
ialah Yang d-Pertuan Agong.


Ketua Kerajaan Persekutuan
pula ialah Perdana Menteri. Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertuan Negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.


Penduduk Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum. Di Semenanjung Malaysia, penduduknya terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain. Di Sabah dan Sarawak pula, penduduknya terdiri daripada orang Melayu, Cina, india, Kadazan, Dusun, Iban, Melanau, Bajau, Bidayuh, Murut, dan peribumi yang lain.


Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, masyarakat Malaysia hidup aman dan damai. Itulah antara keistimewaan Malaysia. Kita sepatutnya bersyukur kerana hidup dalam negara yang aman dan damai. Oleh itu, kita mestilah bersama-sama berusaha untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian yang kita kecapi ini.



0 comments:

Post a Comment