Identiti Negeri Pulau Pinang


Bendera Negeri Pulau Pinang

Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.


Jata Negeri Pulau Pinang

Pohon Pinang (Areca catechu) ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

Lagu Negeri Pulau Pinang

Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeriku yang mulia
Ku taat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah, Jayalah
Negeriku yang ku cinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita

Lirik dan lagu oleh Datuk Hj. Zainal Alam yang dibantu oleh para pemuzik (Nordin Che Din & Bashir Ahmad) RTM Pulau Pinang. Beliau menghadiahkan kemenangan ini kepada anak sulungnya Zainal Awaluddin yang ketika itu baru tamat latihan kem Sungai Besi dan untuk memenangi hadiah RM1,000/- atas nama anaknya.

0 comments:

Post a Comment