Identiti Negeri Perlis


Bendera Negeri Perlis

Bendera ini terdiri daripada gabungan dua buah warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu D.Y.M.M.

Raja Perlis yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat". Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera negara Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda.


Jata Negeri Perlis


Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

Lagu Negeri Perlis

"Amin amin ya Rabaljalil"

Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail

Lagu ini telah digubah oleh Syed Hamzah ibni al-Marhum Syed Safi Jamalullail (1895-1958).

0 comments:

Post a Comment