Identiti Kuala Lumpur


Bendera Kuala Lumpur


Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah, warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.

  • 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
  • Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi.
  • Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran.
  • Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
  • Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
  • Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
  • Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.


Jata Kuala Lumpur

Cogan kata Bandaraya Kula Lumpur, Maju dan Makmur ada pada jata ini. Bulan Sabit dan bintang bersudut tiga belas menyatakan kedudukan agama Islam di Malaysia. Buku yang dengan kepingan hijau melambangkan Kuala Lumpur sebagai pusat pendidikan.

Lagu Kuala Lumpur

Dengan megah berkibar benderaku
Lambang kemegahan warga kota
Kuala Lumpur bersih berbunga bercahaya
Harum nama diseluruh dunia
Rakyat hidup bersatu dan bahagia
Maju dan makmur bandaraya kita
Tanah pusaka ni warisan bangsa
Tegak berdaulat senbasa
Tuhan selamatkan Kuala Lumpur
Tuhan selamatkan Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment